SELAMAT DATANG

Thursday, September 26, 2013

UPDATE PERISTIWA SEKOLAH SIRI 2

CERAMAH SAYANGI DIRI- THN 4 & 5

Penceramah jemputan- En Irman Shah daripada Kem Wirajaya

Murid-murid khusyu' mendengar ceramah
















TAKLIMAT SBP DAN MRSM 2013


Kaunselor SBPI Rawang-En. Esa Samad sedang memberi penerangan

Murid-murid tekun mendengar taklimat

Maklumat penting diterima

Pegawai MARA- En. Saad Sulaiman sedang memberi taklimat

Faham ke tu??

Khusyu'nya masing2..

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Taklimat sebelum mendirikan khema

Excited dapat pasang khemah sendiri

Macam mana nak pasang ni?

Jom pasang khemah!

Taklimat ringkas daripada pihak bomba sebelum melakukan aktiviti

Berbelit dah tangan tu..macam mana nak selesaikan??

Demonstrasi yang tak berapa nak menjadi..macam mana ni Cikgu Hafifi?

Susahkan kalau mata tak nampak?

Hati2 dan kena banyak bersabar..baru boleh berjaya








































UPDATE PERISTIWA SEKOLAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SKA yang dikasihi...

    Setelah sekian lama menyepi..akhirnya saya ambil juga masa untuk mengemaskini blog UBK ini. Mungkin ada di kalangan warga SKA ataupun sesiapa saja yang sudah rindu dengan berita-berita daripada SKA. Selepas cuti pertengahan semester kedua yang lepas merangkap cuti Hari Raya..banyak aktiviti yang telah dijalankan di sekolah. Antaranya, sambutan bulan kemerdekaan, persediaan menghadapi UPSR, aktiviti perkhemahan dan juga aktiviti pasca UPSR. Jadi, pada kesempatan yang ada ini, ingin cikgu kongsikan sedikit gambar yang dapat dipetik daripada lensa kamera cikgu. Enjoy!

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

















MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2013
GB sempat memberi motivasi awal sebelum ceramah bermula







Penceramah jemputan - Zaim Zin














KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Duduk sedia!

Makan dengan teratur dan berdisiplin

Pembentangan kumpulan

Taklimat ringkas

Thursday, August 22, 2013

KIBARKAN JALUR GEMILANG..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua warga SK Ampang yang dikasihi sekalian...

     Alhamdulillah..kita bertemu sekali lagi dalam entri kali ini selepas hampir dua minggu kita bercuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan semester kedua untuk tahun ini. Diharapkan semua warga SK Ampang berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah yang Maha Esa.

     Baru-baru ini sekolah kita telah melancarkan program Kibaran Jalur Gemilang dengan meriah tetapi penuh kesederhanaan. Pihak sekolah telah menjemput dua orang bekas tentera untuk berkongsi pengalaman menceritakan detik-detik perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Setelah itu, semua warga SK Ampang berarak mengelilingi kawasan dataran perhimpunan sambil mengibarkan jalur gemilang.

     Untuk sesi petang pula, majlis pelancaran juga berlangsung dalam suasana yang sederhana. Majlis diiringi dengan ucapan daripada En. Ahmad Murshid dan diselitkan dengan persembahan khas daripada murid-murid tahun 3.

     Program Kibaran Jalur Gemilang adalah bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. Diharapkan agar murid-murid betul-betul menghargai kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini dan rasa bersyukur di atas nikmat keamanan yang kita perolehi sekarang. Kibarkan Jalur Gemilang anda!


Panorama majlis pelancaran dari atas

Jalur Gemilang dikibarkan


Kreatif!

Jalur Gemilang dikibarkan di udara

Wednesday, July 31, 2013

PEMANTAUAN PPD TENTANG PROGRAM i-THINK DI SK AMPANG

    Pada 16 Julai 2013 yang lepas bersamaan hari Selasa, dua orang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat telah datang ke SK Ampang untuk memantau perjalanan program i-Think di dalam kelas. Guru-guru dan semua murid telah bersedia menerima kehadiran pegawai PPD dan sangat teruja untuk berkongsi apa yang telah mereka pelajari sepanjang hampir 7 bulan persekolahan.
     
     Secara keseluruhannya, pegawai yang memantau program i-Think di sekolah ini sangat berpuas hati dengan perjalanan program ini di sekolah. Mereka mendapati fail-fail pengurusan dilaksanakan dengan baik, segala dokumentasi dapat disediakan dengan baik dan yang paling mendapat perhatian ialah murid-murid dapat menguasai kebanyakan peta pemikiran yang telah diajar kepada mereka. Maklumat-maklumat berkaitan i-Think juga banyak kelihatan di sekitar kawasan sekolah. Hal ini membuatkan kedua-dua pegawai PPD yang memantau sangat gembira dengan apa yang telah mereka lihat. 

       Walaubagaimanapun, masih lagi ada beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti dan telah pun dibincangkan semasa pemantauan ini dijalankan. Dikhabarkan juga pihak PPD akan kembali lagi ke SK Ampang bersama-sama dengan pihak nazir untuk memantau sekali lagi program i-Think yang dijalankan di SK Ampang ini. Pihak UBK mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga SK Ampang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemantauan ini dijalankan. Semoga SK Ampang akan terus cemerlang dalam apa juga bidang sekalipun. Syabas dan tahniah sekali lagi. 


P:egawai PPD membuat semakan buku kerja murid

Pegawai PPD berbincang sesuatu bersama GB dan salah
 seorang pemandu i-Think, Puan Kansinar

Dokumentasi i-Think

Antara hasil kerja murid

Antara hasil kerja munid

Maklumat i-Think di papan kenyataan kelas

Pegawai PPD bertanya sesuatu kepada murid tentang
i-Think

Pegawai PPD membuat simbol tangan salah satu peta
pemikiran besama murid-murid

Monday, July 22, 2013

SELAMAT MAJU JAYA!

             Bermula pada hari ini 22.7.2013-25.7.2013 murid-murid tahun 4&5 akan menduduki Ujian Fasa 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan selamat maju jaya dan sila jawab soalan-soalan dengan cermat. Walaupun berpuasa tetapi itu bukan alasan untuk tidak menjawab soalan dengan baik. 

Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM i-THINK

Program i-THINK adalah…
…satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi. Abjad ‘i’ - bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Penaakulan membantu dalam membuatpertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama semasa menggunakankemahiran kreatif dan kritis (PPK, 1999).

Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti berikut.

1. Peta Bulatan
Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks. Sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


2. Peta Buih
Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif. Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


3. Peta Buih Berganda
Proses pemikiran: Banding beza. Membanding beza sesuatu.



4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Membuat pengelasan. Mengklasifikasi bahan atau idea.


5. Peta Dakap
Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh. Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama.


6. Peta Alir
Proses Pemikiran: Urutan. Membuat urutan sesuatu.



7. Peta Pelbagai Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan akibat. Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.



8. Peta Titian
Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan. Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, July 10, 2013

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..kita bertemu lagi pada kali ini dan hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh Malaysia menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan segala ibadah yang dilaksanakan akan mendapat ganjaran pahala yang berganda daripada Allah s.w.t

Pesanan buat anak-anak murid yang dikasihi..marilah sama-sama kita menghormati bulan Ramadhan ini dengan tidak makan dan minum di hadapan rakan yang sedang berpuasa. Cuba sedaya upaya untuk berpuasa bersama-sama rakan anda dan jangan cuba untuk curi-curi makan atau minum di tempat-tempat yang tersembunyi. Memang orang tidak nampak tetapi Allah tetap dapat melihat tindak tanduk kita.

Dalam bulan Ramadhan ini juga digalakkan untuk membaca al-Quran sebanyak mana yang boleh. Sekiranya ada masa terluang atau pada waktu rehat bolehlah ke surau untuk membaca al-Quran. Kepada murid-murid tahun enam, jangan gunakan alasan berpuasa untuk tidak belajar dan tidak membuat ulangkaji. Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja untuk anda menduduki UPSR dan berdoalah banyak2 di bulan Ramadhan ini kerana Allah sangat dekat dengan hambanya yang selalu minta kepadaNYA.

Sekali lagi..selamat menjalani ibadah puasa buat semua!

Sunday, June 23, 2013

PENGUMUMAN CUTI 24.6.2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA ESOK 24.6.2013 BERSAMAAN HARI ISNIN MERUPAKAN CUTI UNTUK SEMUA SEKOLAH DI  KL DAN SELANGOR DISEBABKAN CUACA JEREBU YANG AGAK MEMBIMBANGKAN. HARAP MAKLUM..

P/S KELAS MALAM JUGA AKAN DITANGGUHKAN PADA HARI ESOK..HARAP MAKLUM

Thursday, June 20, 2013

HARI BICARA AKADEMIK 2013

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

    PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SK AMPANG...

Pada hari esok akan diadakan HARI BICARA AKADEMIK bermula jam 8.00 pagi di kelas masing-masing. Sila pastikan ibubapa anda hadir untuk mengambil Buku Laporan Adab Belajar anda di samping dapat berbincang bersama guru kelas tentang pencapaian anda di dalam kelas. Sila hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah dan tidak perlu membawa beg. Selepas selesai urusan pengambilan buku LAB, murid-murid dibenarkan pulang bersama-sama ibubapa/penjaga anda. Segala kerjasama dan sokongan ibubapa amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.

SUKAN TAHUNAN BALAPAN & PADANG SK AMPANG KALI KE 41

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua...

         Kita bertemu lagi kali ini dan cikgu harapkan agar anda semua berada dalam keadaan yang terbaik. Di sini cikgu nak update sedikit cerita tentang Kejohanan Balapan & Padang SKA kali ke 41 yang telah diadakan pada 18/6/2013 yang lalu di Stadium Mini IKBN, Dusun Tua, Hulu Langat. Acara yang berlangsung sangat meriah dan sambutan daripada murid-murid untuk ke stadium kali ini lebih hangat berbanding tahun lepas. Oklah..ini antara gambar-gambar yang menarik sepanjang kejohanan diadakan. Enjoy!
Sabar menunggu untuk naik bas ke stadium

Ucapan tuan rumah

Tetamu kehormat yang hadir..PIBG

Melepaskan burung merpati simbolik perasmian

Orang kuat sukan tahunan

Sekolah jemputan yang memeriahkan acara

Khemah Laksamana..bagai warna diRaja

Khemah Temenggung- sedia bertempur!

Khemah Syahbandar

Khemah Bendahara..terus mara

GB berposing di khemah Laksamana..terbaik!!

Hakim penamat sedang bertugas

AJK Statistik penuh dedikasi

Acara Lompat tinggi- Johan- Naqiuddin

Acara 400m(L)..Johan- Syahril

Srikandi-srikandi Laksamana

Kuartet Syahbandar bersama gurunya-En. Hadi

Olaharagawan harapan- Naqiuddin


Olahragawati harapan- Farah

Naqiuddin & Farah

Olahragawan terbaik- Nafizuddin

Olahragawati terbaik..Aishah

Nafiz & Aishah

Naib johan keseluruhan..BENDAHARA


Johan keseluruhan jatuh kepada LAKSAMANA!

Banyaknya koleksi pingat Laksamana kumpu!!

Hadiah untuk Khemah Terbaik! Cash RM50 daripada GB

Seronoknya Ahli2 Laksamana!
Alhamdulillah..dah selamat sampai

Selamat kembali ke sekolah
     Keputusan akhir kejohanan ini dikuasai oleh rumah Laksamana. Rumah Laksamana telah memperoleh anugerah Olahragawan harapan, Olahragawan terbaik, Kawad Kaki terbaik, Khemah terbaik dan johan keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada ahli2 Laksamana serta guru-guru rumah Laksamana kerana telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kepada ahli rumah sukan yang lain, tahniah juga diucapkan kerana anda telah bersaing secara sihat.
     
    Kita jumpa lagi di Kejohanan Balapan & Padang SKA kali ke 42 tahun hadapan!!


KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI

Blog Archive