SELAMAT DATANG

Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM i-THINK

Program i-THINK adalah…
…satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi. Abjad ‘i’ - bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Penaakulan membantu dalam membuatpertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama semasa menggunakankemahiran kreatif dan kritis (PPK, 1999).

Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti berikut.

1. Peta Bulatan
Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks. Sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


2. Peta Buih
Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif. Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


3. Peta Buih Berganda
Proses pemikiran: Banding beza. Membanding beza sesuatu.



4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Membuat pengelasan. Mengklasifikasi bahan atau idea.


5. Peta Dakap
Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh. Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama.


6. Peta Alir
Proses Pemikiran: Urutan. Membuat urutan sesuatu.



7. Peta Pelbagai Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan akibat. Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.



8. Peta Titian
Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan. Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


SELAMAT MENCUBA!!

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI