SELAMAT DATANG

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK AMPANG

Tanggal 17 Julai 2009 merupakan tarikh akhir perkhidmatan mantan guru besar SK Ampang, Puan Hajah Zabidah bt Hashim di Sekolah Kebangsaan Ampang. Selama 32 tahun beliau telah berkhidmat dalam bidang pendidikan dan jawatan terakhir beliau adalah Guru Besar di SK Ampang ini. Majlis persaraan beliau telah diadakan dengan begitu meriah sekali dan ternyata murid-murid dan guru-guru begitu terasa akan kehilangan beliau di sekolah ini. Kami warga SK Ampang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap Puan Zabidah akan menggunakan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Selamat bersara Puan Zabidah dan terima kasih di atas sumbang bakti yang telah diberikan selama ini!

SENARIO SEPANJANG MINGGU UPSR

Calon-calon sedang berkumpul di dataran perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Muzamin.
Sebelum memasuki dewan peperiksaan, murid-murid diperiksa suhu badan, dibekalkan dengan mask sebagai salah satu langkah pencegahan H1N1 yang sangat membimbangkan pada ketika ini.


Cikgu Muzamin sedang memberikan taklimat kepada murid-murid sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Cikgu-cikgu tahun enam turut bersama-sama berkumpul dengan murid-murid untuk memberi perangsang kepada mereka sebelum peperiksaan.



Puan Maziah selaku GPK 1 dan juga guru matapelajaran Sains memberikan kata-kata semangat kepada murid-murid. Cikgu Azman juga tidak ketinggalan untuk turut sama memberikan perangsang dan juga tips-tips terakhir kepada murid-murid untuk menjawab peperiksaan.




Murid-murid berdebar ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Murid lelaki masuk terlebih dahulu diikuti dengan murid perempuan.

Tuesday, September 8, 2009

TIKA DAN SAATNYA TIBA KINI...

Salam perjuangan buat anak2 yang dikasihi..
Hari ini tibalah detik dan saatnya untuk anak2 menempuh ujian yang ditunggu-tunggu selama enam tahun anak2 bersekolah rendah..pejam celik pejam celik..tikanya sudah tiba kini..segala ilmu telah penuh di dada..segala formula terpahat tajam dalam ingatan..segala fakta sudah berbuih di bibir..tinggal untuk mencurahkannya sahaja pada kertas jawapan...
Usai peperiksaan ini berakhir..janganlah dibincangkan jawapannya kerana ini akan menambahkan tekanan kepada anak2 sekalian..sebaliknya, banyakkan bertawakkal kepada Allah agar kejayaan yang akan menyusul nanti..gunakan kesempatan di bulan yang penuh barakah ini untuk berdoa kepada Allah supaya diberikan kejayaan..InsyaAllah..cikgu2 juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2..
Sekian saja coretan dari kami... sekali lagi..selamat maju jaya and all the best!!

Friday, September 4, 2009

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan....
Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI