Pada 16 Julai 2013 yang lepas bersamaan hari Selasa, dua orang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat telah datang ke SK Ampang untuk memantau perjalanan program i-Think di dalam kelas. Guru-guru dan semua murid telah bersedia menerima kehadiran pegawai PPD dan sangat teruja untuk berkongsi apa yang telah mereka pelajari sepanjang hampir 7 bulan persekolahan.
Secara keseluruhannya, pegawai yang memantau program i-Think di sekolah ini sangat berpuas hati dengan perjalanan program ini di sekolah. Mereka mendapati fail-fail pengurusan dilaksanakan dengan baik, segala dokumentasi dapat disediakan dengan baik dan yang paling mendapat perhatian ialah murid-murid dapat menguasai kebanyakan peta pemikiran yang telah diajar kepada mereka. Maklumat-maklumat berkaitan i-Think juga banyak kelihatan di sekitar kawasan sekolah. Hal ini membuatkan kedua-dua pegawai PPD yang memantau sangat gembira dengan apa yang telah mereka lihat.
Walaubagaimanapun, masih lagi ada beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti dan telah pun dibincangkan semasa pemantauan ini dijalankan. Dikhabarkan juga pihak PPD akan kembali lagi ke SK Ampang bersama-sama dengan pihak nazir untuk memantau sekali lagi program i-Think yang dijalankan di SK Ampang ini. Pihak UBK mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga SK Ampang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemantauan ini dijalankan. Semoga SK Ampang akan terus cemerlang dalam apa juga bidang sekalipun. Syabas dan tahniah sekali lagi.
|
P:egawai PPD membuat semakan buku kerja murid |
|
Pegawai PPD berbincang sesuatu bersama GB dan salah seorang pemandu i-Think, Puan Kansinar |
|
Dokumentasi i-Think |
|
Antara hasil kerja murid |
|
Antara hasil kerja munid |
|
Maklumat i-Think di papan kenyataan kelas |
|
Pegawai PPD bertanya sesuatu kepada murid tentang i-Think |
|
Pegawai PPD membuat simbol tangan salah satu peta pemikiran besama murid-murid |