SELAMAT DATANG

Tuesday, August 12, 2008

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-51

Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke 51.
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

KENAPA CIKGU DARAH TINGGI

PART I


Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Seorang muridnya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.



PART II

Waktu sekolah hampir tamat. Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya

Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III


Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepung kan ke dalam kek tu....

PART IV


Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Cikgu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.


Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Cikgu : Allahhuakbarr! !!



PART V

Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


Perbualan Duit singgit dengan RM50

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Sahabat, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima
puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI