SELAMAT DATANG

Monday, January 11, 2010

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN ENAM

Salam...
Dijemput kepada semua ibubapa dan murid tahun enam untuk menghadiri Majlis Permuafakatan bertempat di Dewan SKA pada:

Tarikh: 12 Januari 2010
Hari : Selasa
Tempat: Dewan SKA (untuk ibubapa), kantin (murid-murid)
Masa: 7.45 malam

Banyak maklumat yang ingin dikongsi bersama ibubapa dan murid-murid dengan guru-guru tahun enam bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid tahun enam untuk tahun ini. Diharapkan program ini mendapat sambutan yang baik daripada ibubapa dan murid-murid sekalian. Harap maklum...

Program Maju Diri 2010



Salam untuk semua murid-murid cikgu...
Apa khabar harini? Cikgu harap murid-murid berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bersemangat untuk meneruskan persekolahan yang masuk minggu kedua pada hari ini. Di kesempatan ini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan Program Maju Diri yang telah dijalankan pada 6-8 Januari 2010 iaitu pada hari Rabu-Jumaat yang lepas. Perjalanan PMD sangat lancar dan guru-guru SKA telah memberikan komitmen yang sangat padu dalam menjalankan modul-modul yang telah disediakan. Diharapkan dengan adanya PMD ini maka murid-murid akan bertambah bersemangat untuk ke sekolah selepas ini.

Gambar-gambar sekitar PMD yang dijalankan di SKA






Thursday, January 7, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Salam untuk semua...
Sebelum memulakan bicara, cikgu ingin memohon maaf di atas keterlewatan cikgu untuk mengemaskini blog ini. Rasantya masih belum terlewat lagi untuk cikgu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua murid-murid SKA dan bermulanya tahun baru ini maknanya murid-murid akan mula bersekolah dan telah pun memulakan sesi persekolahan sesi 2010. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan kerana rata-rata dari riak wajah murid-murid, cikgu perhatikan masing-masing bersemangat dan seronok untuk kembali ke sekolah. Kepada murid-murid tahun 1, selamat menjadi warga SKA dan selamat menempuh alam persekolahan yang baru di SKA ini. Tahniah kerana menjadi warga SKA dan berazamlah untuk menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada murid-murid tahun enam, pada bulan September ini anda akan "berperang" dengan UPSR..jadi mulakan persediaan dari sekarang dan jangan lengah-lengahkan waktu belajar anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah tentang pembelajaran, rujuklah guru-guru anda ataupun boleh berjumpa dengan cikgu. Cikgu rasa setakat ini dahulu coretan cikgu..akan bersambung lagi selepas ini..Sekian

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI