Program Maju Diri (PMD) sekolah rendah adalah satu pendedahan dan pengalaman baru dalam wadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah umumnya dan pelajar khususnya untuk mencari arah dan hala tuju serta mengembangkan potensi yang ada untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah. Pendidikan dan kecemerlangan adalah aspek penting yang perlu ditekankan kepada pelajar kerana dengan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dapat melahirkan individu yang boleh berjasa kepada diri, ibubapa, keluarga, dan masyarakat.
Matlamat Program Maju Diri (PMD) adalah untuk melahirkan murid sekolah rendah berwatak dan berwibawa, serta lebih berkemahiran yang dapat meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Setelah murid-murid berpeluang mengikuti dan menjalani sepenuhnya program ini , murid-murid dapat:
- Mengenal potensi diri dan membina wawasan diri
- Merasa yakin pada diri sendiri
- Mengenalpasti dan mempraktikkan salah satu kemahiran belajar yang berkesan.
- Mengetahui bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi.
- Mengenal dunia kerjaya sebagai perangsang masa depan.
Perlaksanaan
Semua guru Tahun 4, 5, dan 6 bertindak sebagai fasilitator .
Tarikh : 7 hb – 9 hb Januari 2008
Hari : Isnin , Selasa , dan Rabu
Masa : 8.00 pagi - 12.50 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing
Sasaran : Semua murid Tahun 4, 5, dan 6 adalah merupakan
kumpulan sasaran yang terlibat secara langsung
dalam program ini.