SELAMAT DATANG

Friday, November 20, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari yang dinantikan telah pun tiba semalam. Keputusan UPSR telah diumumkan dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A1B dan 3A2B. Tahniah juga kepada murid-murid yang lulus dalam semua matapelajaran. Tidak kira apa juga keputusan yang anda perolehi, terima dengan hati yang penuh terbuka. Mungkin ada yang menyesal tetapi keputusan telah pun diketahui. Tidak ada gunanya untuk berpatah balik. Tanamkan azam untuk terus berjaya kerana perjalanan anda masih jauh lagi. Harus diingat bahawa di sekolah menengah ada lagi 2 peperiksaan penting iaitu PMR dan SPM. Jadikan UPSR sebagai satu pengajaran berguna kepada anda. Jangan terlalu kecewa sekiranya anda gagal ataupun tidak mendapat 5A dalam UPSR sebaliknya jadikan keputusan kali ini sebagai pembina semangat untuk berjaya pada masa hadapan. Kepada yang berjaya mendapat 5A, sekali lagi tahniah cikgu ucapkan. Tetapi, jangan terlalu leka dengan kejayaan anda kerana ada masanya kita di atas dan ada masanya kita akan jatuh ke bawah, sekiranya anda leka..mungkin anda akan tersungkur. Teruskan kecemerlangan anda apabila berada di sekolah menengah nanti. Selepas ini, peluang anda untuk ke sekolah asrama ataupun sekolah yang lebih baik mungkin terbuka luas untuk anda dan jika anda berpeluang ke sekolah idaman anda, ambiklah peluang untuk meneruskan perjuangan anda di sana. Belajarlah bersungguh-sungguh dan bawalah nama baik SK Ampang ke sekolah menengah nanti dengan penuh kebanggaan!!

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI