SELAMAT DATANG

Thursday, April 18, 2013

TAHNIAH HUMAIRA!

Pada 11 April 2013 yang lepas, SK Ampang telah menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat zon utara yang diadakan di SK Tasek Permai. Bagi acara bercerita tahap 2, SK Ampang diwakili Aleeya Ayu Umaira, bercerita tahap 1 diwakili oleh Izzatul Humaira dan pidato diwakili oleh Adam Khaliq. Izzatul Humaira telah mendapat naib johan dalam pertandingan yang disertai dan turut mewakili zon utara ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 30 April ini di SK Bandar Tasek Kesuma. Tahniah diucapkan dan sama-sama kita doakan kejayaan Humaira di peringkat daerah nanti.
Para peserta SK Ampang

Aksi Aleeya-bercerita tahap 2

Aksi Humaira-bercerita tahap 1

Humaira mendapat naib johan

PASUKAN KOMPANG SELAWAT SK AMPANG

Pada 19 Mac 2013, pasukan kompang selawat dan pasukan nasyid SK Ampang telah menyertai pertandingan tadarus al-quran peringkat Daerah Hulu Langat mewakili zon utara di SK Bandar Baru Bangi. Pasukan kompang selawat telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih kompang iaitu Cikgu Hadi, Cikgu Azmin dan Cikgu Najib di atas tunjuk ajar yang diberikan serta pihak sekolah dan PIBG yang sentiasa memberikan sokongan. 
Pasukan kompang selawat bergambar dengan
 hadiah kemenangan mereka

Bergambar kenangan bersama barisan guru dan ibubapa
yang hadir menyokong

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT ZON UTARA 2013

Pada 28 Februari 2013 yang lepas, SK Ampang telah menjadi penganjur bagi Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Utara 2013. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Sebanyak 18 buah sekolah di sekitar zon utara ini telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan nasyid, bercerita, hafazan, tilawah al-quran dan kompang selawat. Dalam majlis ini, pasukan kompang selawat SKA telah menjadi johan manakala pasukan nasyid SKA mendapat naib johan. Muhammad Izwan Jais pula telah mendapat naib johan bagi acara tilawah al-quran. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua warga SK Ampang yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Pentas pertandingan
Pendaftaran peserta

Peserta berdebar menunggu giliran membuat persembahan

Muhammad Izwan Jais- NAIB JOHAN tilawah lelaki

Pasukan nasyid- NAIB JOHAN

Pasukan kompang selawat- JOHAN

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 23 Februari 2013 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ampang kali ke 40. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh mantan YDP PIBG SK Ampang iaitu En. Mohd Nor bin Ahmad. Mesyuarat ini telah berjalan dengan jayanya dan warga SK Ampang mengucapkan tahniah kepada semua AJK dibawah pimpinan YDP yang baru iaitu En. Azman bin Wahid. Tahniah diucapkan!
Ketibaan tetamu jemputan

Perasmi majlis

Upacara perasmian Mesyuarat Agung PIBG

Terima kasih En. Mohd Nor 

YDP PIBG yang baru - En. Azman bin Wahid

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil..ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tidak terduga..

BERTEMU KEMBALI...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua warga SK Ampang yang dikasihi...

          Alhamdulillah..setelah sekian lama, blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Ampang ini muncul kembali. Kami mengharapkan agar warga SK Ampang mendoakan supaya blog ini aktif semula dengan maklumat-maklumat terkini dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 ini. Tunggu info selanjutnya dalam entri yang akan datang..insyaAllah..

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI

Blog Archive