SELAMAT DATANG

Wednesday, July 10, 2013

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..kita bertemu lagi pada kali ini dan hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh Malaysia menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan segala ibadah yang dilaksanakan akan mendapat ganjaran pahala yang berganda daripada Allah s.w.t

Pesanan buat anak-anak murid yang dikasihi..marilah sama-sama kita menghormati bulan Ramadhan ini dengan tidak makan dan minum di hadapan rakan yang sedang berpuasa. Cuba sedaya upaya untuk berpuasa bersama-sama rakan anda dan jangan cuba untuk curi-curi makan atau minum di tempat-tempat yang tersembunyi. Memang orang tidak nampak tetapi Allah tetap dapat melihat tindak tanduk kita.

Dalam bulan Ramadhan ini juga digalakkan untuk membaca al-Quran sebanyak mana yang boleh. Sekiranya ada masa terluang atau pada waktu rehat bolehlah ke surau untuk membaca al-Quran. Kepada murid-murid tahun enam, jangan gunakan alasan berpuasa untuk tidak belajar dan tidak membuat ulangkaji. Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja untuk anda menduduki UPSR dan berdoalah banyak2 di bulan Ramadhan ini kerana Allah sangat dekat dengan hambanya yang selalu minta kepadaNYA.

Sekali lagi..selamat menjalani ibadah puasa buat semua!

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI