SELAMAT DATANG

Sunday, June 23, 2013

PENGUMUMAN CUTI 24.6.2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA ESOK 24.6.2013 BERSAMAAN HARI ISNIN MERUPAKAN CUTI UNTUK SEMUA SEKOLAH DI  KL DAN SELANGOR DISEBABKAN CUACA JEREBU YANG AGAK MEMBIMBANGKAN. HARAP MAKLUM..

P/S KELAS MALAM JUGA AKAN DITANGGUHKAN PADA HARI ESOK..HARAP MAKLUM

Thursday, June 20, 2013

HARI BICARA AKADEMIK 2013

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

    PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SK AMPANG...

Pada hari esok akan diadakan HARI BICARA AKADEMIK bermula jam 8.00 pagi di kelas masing-masing. Sila pastikan ibubapa anda hadir untuk mengambil Buku Laporan Adab Belajar anda di samping dapat berbincang bersama guru kelas tentang pencapaian anda di dalam kelas. Sila hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah dan tidak perlu membawa beg. Selepas selesai urusan pengambilan buku LAB, murid-murid dibenarkan pulang bersama-sama ibubapa/penjaga anda. Segala kerjasama dan sokongan ibubapa amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.

SUKAN TAHUNAN BALAPAN & PADANG SK AMPANG KALI KE 41

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua...

         Kita bertemu lagi kali ini dan cikgu harapkan agar anda semua berada dalam keadaan yang terbaik. Di sini cikgu nak update sedikit cerita tentang Kejohanan Balapan & Padang SKA kali ke 41 yang telah diadakan pada 18/6/2013 yang lalu di Stadium Mini IKBN, Dusun Tua, Hulu Langat. Acara yang berlangsung sangat meriah dan sambutan daripada murid-murid untuk ke stadium kali ini lebih hangat berbanding tahun lepas. Oklah..ini antara gambar-gambar yang menarik sepanjang kejohanan diadakan. Enjoy!
Sabar menunggu untuk naik bas ke stadium

Ucapan tuan rumah

Tetamu kehormat yang hadir..PIBG

Melepaskan burung merpati simbolik perasmian

Orang kuat sukan tahunan

Sekolah jemputan yang memeriahkan acara

Khemah Laksamana..bagai warna diRaja

Khemah Temenggung- sedia bertempur!

Khemah Syahbandar

Khemah Bendahara..terus mara

GB berposing di khemah Laksamana..terbaik!!

Hakim penamat sedang bertugas

AJK Statistik penuh dedikasi

Acara Lompat tinggi- Johan- Naqiuddin

Acara 400m(L)..Johan- Syahril

Srikandi-srikandi Laksamana

Kuartet Syahbandar bersama gurunya-En. Hadi

Olaharagawan harapan- Naqiuddin


Olahragawati harapan- Farah

Naqiuddin & Farah

Olahragawan terbaik- Nafizuddin

Olahragawati terbaik..Aishah

Nafiz & Aishah

Naib johan keseluruhan..BENDAHARA


Johan keseluruhan jatuh kepada LAKSAMANA!

Banyaknya koleksi pingat Laksamana kumpu!!

Hadiah untuk Khemah Terbaik! Cash RM50 daripada GB

Seronoknya Ahli2 Laksamana!
Alhamdulillah..dah selamat sampai

Selamat kembali ke sekolah
     Keputusan akhir kejohanan ini dikuasai oleh rumah Laksamana. Rumah Laksamana telah memperoleh anugerah Olahragawan harapan, Olahragawan terbaik, Kawad Kaki terbaik, Khemah terbaik dan johan keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada ahli2 Laksamana serta guru-guru rumah Laksamana kerana telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kepada ahli rumah sukan yang lain, tahniah juga diucapkan kerana anda telah bersaing secara sihat.
     
    Kita jumpa lagi di Kejohanan Balapan & Padang SKA kali ke 42 tahun hadapan!!


Tuesday, June 11, 2013

BERITA SEKOLAH..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikut adalah beberapa program yang bakal berlangsung di SK Ampang dalam waktu yang terdekat:


1. ACARA AKHIR SUKAN TAHUNAN (LOMPAT TINGGI, LOMPAT JAUH & LONTAR PELURU)
Tarikh: 11/6/2013 (Selasa) - 13/6/2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Ampang
Murid yang terlibat: Peserta akhir acara (Selasa (T4), Rabu (T5), Khamis (T6))

2. KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
Tarikh: 13/6/2013
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan SK Ampang
Jumlah murid : 120 orang pengawas
Penceramah: Konsultan Pusat Bimbingan Wirajaya

3. SUKANEKA KALI KE 42
Tarikh: 15/6/2013 (Sabtu)
Masa: 8.009 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Dataran SK Ampang
Murid yang terlibat: Pra sekolah dan murid tahap 1

4. SUKAN TAHUNAN KALI KE 41
Tarikh: 18/6/2013 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: IKBN Dusun Tua, Hulu Langat Selangor
Murid yang terlibat: Tahap 2
Pengangkutan: Bas

5. HARI BICARA AKADEMIK
Tarikh: 21/6/2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid hadir bersama ibubapa untuk mengambil buku Adab Belajar





SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Buat warga SK Ampang yang dikasihi..

        Alhamdulillah..kita bertemu sekali lagi dalam ruangan ini dan cikgu ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah setelah anda semua bercuti selama dua minggu. Cikgu pasti banyak aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang cuti persekolahan yang lepas dan harapan cikgu biarlah aktiviti yang anda lakukan itu memberi manfaat kepada diri anda.

       Bermulanya sesi persekolahan untuk penggal yang kedua ini bermakna anda semua harus lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin di sekolah. Sepatutnya anda hadir awal ke sekolah, datang dengan pakaian yang kemas, pengurusan diri yang lebih baik dan dengan minda yang segar setiap hari untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh guru-guru anda.

       Ingin cikgu kongsikan sedikit perjalanan yang anda akan hadapi sepanjang penggal kedua persekolahan yang bakal anda lalui nanti. Selepas sekolah dibuka, kita akan sibuk dengan acara sukaneka dan sukan tahunan. Sukaneka akan diadakan pada 15/6/2013 iaitu pada hari Sabtu yang melibatkan murid pra-sekolah dan murid-murid tahap 1. Persediaan rapi sedang giat dijalankan oleh guru-guru anda bagi memastikan perjalanan sukaneka pada tahun ini lebih teratur dan lancar. Kemudian, pada 18/6/2013 pula akan diadakan sukan tahunan yang bakal berlangsung di Pusat Sukan IKBN Dusun Tua Hulu Langat yang melibatkan murid-murid tahap 2. Sebelum itu, pada 11-13/6/2013 pula akan diadakan acara akhir untuk acara padang iaitu acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru untuk murid tahun 4-6 dan diadakan di sekolah sahaja.

        Selesai acara sukan tahunan, akan diadakan pula perkhemahan Unit Beruniform di Photon Valley, Sungai Congkak pada 28-30/6/2013. Kemudian kita akan mula berpuasa pada 10/7/2013 dan selepas cuti Hari Raya, murid-murid tahun enam akan bersedia untuk UPSR pula. Selepas UPSR, untuk murid tahun 1-5 akan mula membuat persiapan untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun.

        Begitulah serba ringkas aktiviti-aktiviti yang bakal anda lalui bermula pada bulan Jun - November nanti. Banyak lagi aktiviti yang akan berlangsung tetapi akan cikgu maklumkan kemudian. Apapun..selamat menempuhi sesi persekolahan penggal kedua ini dengan penuh rasa seronok dan semangat untuk menjadikan diri anda yang terbaik!! Jumpa lagi!

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI