SELAMAT DATANG

Tuesday, February 2, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

Salam untuk semua..

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ampang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Ampang

Justeru, diharapkan kepada semua ibubapa agar dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung ini bagi sama-sama meluahkan pandangan, pendapat dan idea dalam melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi cemerlang dalam semua segi. Kerjasama dan keprihatinan ibubapa sangat-sangat dihargai. Sekian, dimaklumkan.

SUKAN SKA DITUNDA...

Kepada semua warga SKA..dimaklumkan Kejohanan Padang & Balapan yang sepatutnya berlangsung pada 3 Februari 2010 (Rabu) terpaksa ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan lagi. Perkara ini adalah disebabkan terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, kejohanan ini akan tetap diteruskan dan latihan rumah akan berjalan seperti yang ditetapkan.



Gambar raptai perbarisan dan pertandingan
tali antara rumah sukan yang diadakan
pada 1 Februari 2010





KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI