SELAMAT DATANG

Friday, September 4, 2009

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan....
Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Thursday, August 20, 2009

SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT- SIRI 3

Esok 20 Ogos 2009 akan diadakan bacaan yasin serta solat hajat perdana bertempat di Masjid Jamiul Huda, Kg Melayu Ampang. Kepada semua murid-murid tahun 6 terutamanya digalakkan untuk hadir bersama dengan ibubapa serta ahli keluarga yang lain. Moga perjalanan majlis ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid dan ibubapa serta warga SK Ampang.

19 hari lagi...

19 hari?? Apa yang tinggal 19 hari? Mesti ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada di antara anda semua yang sudah perasan..Sebenarnya hanya tinggal 19 hari saja lagi untuk murid-murid tahun 6 menghadapi UPSR..Haa..macam mana dengan persiapan anda semua? Sekarang ini adalah waktu yang sangat kritikal..bagi murid-murid yang baru nak bukak buku..sudah terlambat untuk anda tetapi bagus juga sbb ada kesedaran..cuma nasihat cikgu..banyakkan latihan pada waktu ini..cikgu percaya mudir-murid semua telah diberikan banyak latihan oleh cikgu-cikgu dan jangan sesekali mengeluh sekiranya banyak kerja yang diberikan..percayalah..ini semua untuk kebaikan anda juga..
Manisnya kejayaan itu akan lebih bermakna jika disertakan dengan usaha yang gigih dan tidak kenal erti jemu. Yang penting..selepas berusaha, jangan lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah..serta dapatkan restu daripada ibu dan ayah serta mohon keberkatan ilmu daripada cikgu-cikgu anda.. InsyaAllah..anda pasti berjaya!

SELAMAT DATANG PUAN HAJAH KHODIJAH

Tanggal 10 Ogos 2009 merupakan detik sejarah buat SK Ampang di mana pada tarikh ini kami menerima kehadiran seorang Guru Besar yang tidak asing lagi namanya di zon Ampang ini. Beliau adalah Puan Hajah Khodijah bt Aziz yang sebelum ini bertugas di SK Tasik Permai. Berlatarbelakangkan track rekod yang baik dan cemerlang sebelum ini, kami warga SK Ampang sangat berkeyakinan dengan kepimpinan beliau dan semoga SK Ampang akan terus cemerlang dan terus disegani. SELAMAT DATANG PUAN HAJAH KHODIJAH!

Tuesday, November 25, 2008

LOVE KNOWS NO LIMIT

di sini ingin dikongsikan bersama satu video yang agak menarik mengenai hubungan manusia dengan seekor singa.

Thursday, October 16, 2008

GURU KAUNSELING

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Salwa seorang yang sangat bersemangat untuk membantu pelajar2 di sekolah itu. Suatu hari, pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah. Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu menjawab.. "Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?" "Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan... "... Saya adalah penjaga gol!"

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI