SELAMAT DATANG

Tuesday, February 2, 2010

SUKAN SKA DITUNDA...

Kepada semua warga SKA..dimaklumkan Kejohanan Padang & Balapan yang sepatutnya berlangsung pada 3 Februari 2010 (Rabu) terpaksa ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan lagi. Perkara ini adalah disebabkan terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, kejohanan ini akan tetap diteruskan dan latihan rumah akan berjalan seperti yang ditetapkan.



Gambar raptai perbarisan dan pertandingan
tali antara rumah sukan yang diadakan
pada 1 Februari 2010





Monday, January 11, 2010

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN ENAM

Salam...
Dijemput kepada semua ibubapa dan murid tahun enam untuk menghadiri Majlis Permuafakatan bertempat di Dewan SKA pada:

Tarikh: 12 Januari 2010
Hari : Selasa
Tempat: Dewan SKA (untuk ibubapa), kantin (murid-murid)
Masa: 7.45 malam

Banyak maklumat yang ingin dikongsi bersama ibubapa dan murid-murid dengan guru-guru tahun enam bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid tahun enam untuk tahun ini. Diharapkan program ini mendapat sambutan yang baik daripada ibubapa dan murid-murid sekalian. Harap maklum...

Program Maju Diri 2010



Salam untuk semua murid-murid cikgu...
Apa khabar harini? Cikgu harap murid-murid berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bersemangat untuk meneruskan persekolahan yang masuk minggu kedua pada hari ini. Di kesempatan ini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan Program Maju Diri yang telah dijalankan pada 6-8 Januari 2010 iaitu pada hari Rabu-Jumaat yang lepas. Perjalanan PMD sangat lancar dan guru-guru SKA telah memberikan komitmen yang sangat padu dalam menjalankan modul-modul yang telah disediakan. Diharapkan dengan adanya PMD ini maka murid-murid akan bertambah bersemangat untuk ke sekolah selepas ini.

Gambar-gambar sekitar PMD yang dijalankan di SKA






Thursday, January 7, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Salam untuk semua...
Sebelum memulakan bicara, cikgu ingin memohon maaf di atas keterlewatan cikgu untuk mengemaskini blog ini. Rasantya masih belum terlewat lagi untuk cikgu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua murid-murid SKA dan bermulanya tahun baru ini maknanya murid-murid akan mula bersekolah dan telah pun memulakan sesi persekolahan sesi 2010. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan kerana rata-rata dari riak wajah murid-murid, cikgu perhatikan masing-masing bersemangat dan seronok untuk kembali ke sekolah. Kepada murid-murid tahun 1, selamat menjadi warga SKA dan selamat menempuh alam persekolahan yang baru di SKA ini. Tahniah kerana menjadi warga SKA dan berazamlah untuk menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada murid-murid tahun enam, pada bulan September ini anda akan "berperang" dengan UPSR..jadi mulakan persediaan dari sekarang dan jangan lengah-lengahkan waktu belajar anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah tentang pembelajaran, rujuklah guru-guru anda ataupun boleh berjumpa dengan cikgu. Cikgu rasa setakat ini dahulu coretan cikgu..akan bersambung lagi selepas ini..Sekian

Tuesday, December 22, 2009

AZAM TAHUN BARU...

Salam Maal Hijrah 1431H untuk semua..dan tidak lama lagi tahun 2010 juga bakal menjenguk ke kalendar hidup kita semua..jadi..murid2 yg dikasihi..bagaimana dengan azam tahun 2009..sudahkah kita sempurnakannya ataupun masih lagi tertunggak? Cikgu percaya murid-murid juga sudah memasang azam baru pada tahun hadapan..betul tak? Yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun depan..cikgu pasti azam anda untuk mendapat 5A..dan yang lain2 berazam untuk terus cemerlang di sekolah tidak kira dalam bidang akademik ataupun ko-kurikulum..TETAPI..AZAM SAHAJA TIDAK CUKUP JIKA TIDAK DISUSULI DENGAN USAHA YANG GIGIH..INGAT!! KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK!! Cikgu tak sabar untuk berjumpa dengan anda semua PELAJAR-PELAJAR SKA YANG CEMERLANG!!

Friday, November 20, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari yang dinantikan telah pun tiba semalam. Keputusan UPSR telah diumumkan dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A1B dan 3A2B. Tahniah juga kepada murid-murid yang lulus dalam semua matapelajaran. Tidak kira apa juga keputusan yang anda perolehi, terima dengan hati yang penuh terbuka. Mungkin ada yang menyesal tetapi keputusan telah pun diketahui. Tidak ada gunanya untuk berpatah balik. Tanamkan azam untuk terus berjaya kerana perjalanan anda masih jauh lagi. Harus diingat bahawa di sekolah menengah ada lagi 2 peperiksaan penting iaitu PMR dan SPM. Jadikan UPSR sebagai satu pengajaran berguna kepada anda. Jangan terlalu kecewa sekiranya anda gagal ataupun tidak mendapat 5A dalam UPSR sebaliknya jadikan keputusan kali ini sebagai pembina semangat untuk berjaya pada masa hadapan. Kepada yang berjaya mendapat 5A, sekali lagi tahniah cikgu ucapkan. Tetapi, jangan terlalu leka dengan kejayaan anda kerana ada masanya kita di atas dan ada masanya kita akan jatuh ke bawah, sekiranya anda leka..mungkin anda akan tersungkur. Teruskan kecemerlangan anda apabila berada di sekolah menengah nanti. Selepas ini, peluang anda untuk ke sekolah asrama ataupun sekolah yang lebih baik mungkin terbuka luas untuk anda dan jika anda berpeluang ke sekolah idaman anda, ambiklah peluang untuk meneruskan perjuangan anda di sana. Belajarlah bersungguh-sungguh dan bawalah nama baik SK Ampang ke sekolah menengah nanti dengan penuh kebanggaan!!

Tuesday, October 13, 2009

SUKANEKA TAHAP 2

Perhatian!! Kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6...
Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan menyertai hari sukaneka yang akan diadakan pada hari Khamis ini 15/9/2009 di padang sekolah. Pelbagai acara yang menarik menanti anda dan anda tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana hadiah akan diberikan kepada semua yang menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Jangan lupa untuk membawa semua ahli keluarga, ayah, ibu, kakak, abang, adik, pakcik, makcik, atuk, nenek ke sekolah bagi memeriahkan lagi hari sukaneka tersebut. Terdapat juga acara yang akan dipertandingkan untuk ibubapa dan guru-guru.
Tunjukkan semangat kesukanan anda dan bertandinglah dengan bersungguh-sungguh!
Kita jumpa di sana..di sana..di sana...

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI