SELAMAT DATANG

Thursday, April 18, 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT ZON UTARA 2013

Pada 28 Februari 2013 yang lepas, SK Ampang telah menjadi penganjur bagi Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Utara 2013. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Sebanyak 18 buah sekolah di sekitar zon utara ini telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan nasyid, bercerita, hafazan, tilawah al-quran dan kompang selawat. Dalam majlis ini, pasukan kompang selawat SKA telah menjadi johan manakala pasukan nasyid SKA mendapat naib johan. Muhammad Izwan Jais pula telah mendapat naib johan bagi acara tilawah al-quran. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua warga SK Ampang yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Pentas pertandingan
Pendaftaran peserta

Peserta berdebar menunggu giliran membuat persembahan

Muhammad Izwan Jais- NAIB JOHAN tilawah lelaki

Pasukan nasyid- NAIB JOHAN

Pasukan kompang selawat- JOHAN

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 23 Februari 2013 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ampang kali ke 40. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh mantan YDP PIBG SK Ampang iaitu En. Mohd Nor bin Ahmad. Mesyuarat ini telah berjalan dengan jayanya dan warga SK Ampang mengucapkan tahniah kepada semua AJK dibawah pimpinan YDP yang baru iaitu En. Azman bin Wahid. Tahniah diucapkan!
Ketibaan tetamu jemputan

Perasmi majlis

Upacara perasmian Mesyuarat Agung PIBG

Terima kasih En. Mohd Nor 

YDP PIBG yang baru - En. Azman bin Wahid

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil..ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tidak terduga..

BERTEMU KEMBALI...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua warga SK Ampang yang dikasihi...

          Alhamdulillah..setelah sekian lama, blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Ampang ini muncul kembali. Kami mengharapkan agar warga SK Ampang mendoakan supaya blog ini aktif semula dengan maklumat-maklumat terkini dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 ini. Tunggu info selanjutnya dalam entri yang akan datang..insyaAllah..

Thursday, December 16, 2010

2010..Hampir melabuhkan tirainya...

Assalamualaikum w.b.t buat pengunjung setia blog UBK SK Ampang ini..
Cikgu pasti murid-murid semua sedang berseronok duduk di rumah, ataupun berada di kampung, atau mungkin ada yang sedang bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini..
Seperti biasa..cikgu ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak mengemaskini atau update blog UBK ini..maklumlah komitmen kerja yang terlalu banyak dan tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa di dalam blog. Jadi..di kesempatan ini, ingin cikgu update sedikit berita atau peristiwa yang berlaku sepanjang thn 2010..
Tahun 2010 mencatatkan satu lagi kenangan manis apabila keputusan UPSR tahun ini meningkat..seramai 40 orang mendapat 5A dan 18 orang mendapat 4A1B..Tahniah cikgu ucapkan kepada yang berjaya!! Ini merupakan langkah pertama kalian..insyaAllah..lebih banyak kejayaan akan kalian tempuhi selepas ini..pegang kepada prinsip usaha,doa,tawakkal..pasti akan berjaya! Selain itu..peratus kelulusan juga meningkat berbanding tahun lepas..tahniah sekali lagi kepada semua warga SKA dan guru-guru yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa..

Bermula tahun 2011, bangunan sekolah yang baru sudah boleh mula digunakan dan murid pra sekolah juga akan menjadi sebahagian daripada warga SKA..tentu meriahkan! Cikgu pasti akan ada rombakan dari segi kedudukan kelas tetapi belum pasti lagi di manakah kedudukan murid-murid pada tahun hadapan.

Setiap yang bertemu..pasti akan berpisah..begitulah lumrah kehidupan..pada tahun hadapan, dua orang guru yang sangat berdedikasi iaitu Cikgu Armi dan Cikgu Saadiah akan berpindah ke negeri masing-masing iaitu di Kedah dan di Perak. Pihak sekolah amat terasa kehilangan mereka, tetapi..perjuangan harus diteruskan dan kami mendoakan yang terbaik untuk Cikgu Armi dan Cikgu Saadiah..teruskan berbakti dan teruskan menabur budi walau di mana kalian berada..Kepada Cikgu Armi dan Cikgu Saadiah..teruskan berjuang dan sekali sekala lawatlah kami di sini...

2010 hampir melabukan tirainya..adakah azam kita pada tahun ini sudah tercapai? Bagaimana pula dengan azam tahun baru?? Sudahkah kita melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya pada tahun ini?? Fikir2kan.. InsyaAllah..kita akan bertemu lagi pada entri akan datang..

Wednesday, July 7, 2010

Salam to all...

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera buat pengikut setia blog SKA ini.. terlebih dahulu cikgu ingin memohon seribu kemaafan kerana sudah lama tidak mengemaskini blog dengan entri-entri atau maklumat terkini kepada murid-murid sekalian. Selama tempoh tidak mengemaskini maklumat dalam blog ini..pelbagai perkara telah berlaku di sekolah. Antaranya, terdapat 2 orang guru telah pun bertukar sekolah di tempat kelahiran mereka iaitu Pn Roziah Ahmad, guru tahun 4 yang bertukar ke Perak dan juga En. Ahmad Shukri Awang Teh yang telah bertukar ke Terengganu. Kita ucapkan selamat jalan dan selamat bertugas di tempat baru.
Bangunan baru sedang giat dibangunkan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan September ini. Selain itu, Hari Bicara Akademik telah pun diadakan pada 1 Julai yang lepas dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Ramai ibubapa yang hadir untuk bertemu dengan guru-guru kelas dan membincangkan tentang prestasi anak-anak mereka di dalam kelas. Diharapkan agar program yang baik seperti ini dapat diteruskan dan diharapkan juga supaya ibubapa sentiasa berhubung dengan guru-guru SKA ini demi kecemerlangan anak-anak mereka. Moga bertemu lagi di lain ruangan...

Wednesday, April 21, 2010

"PEMBUANGAN BAYI ADALAH SUATU JENAYAH"

Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

Oleh itu, renung-renungkanlah...................




Tergamakkah kita untuk hanya membiarkan perkara ini berleluasa di kalangan masyarakat kita sekarang??

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI