SELAMAT DATANG

Thursday, May 2, 2013

Buli Dalam Kalangan Pelajar

gambar hiasan


(Petikan ini diperoleh dari blog Konsumerkini)
Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara. Di sinilah generasi pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan, dididik dan dibentuk. Begitu juga, institusi sekolah merupakan tempat memupuk dan membentuk jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa, di samping berfungsi sebagai tempat pendidikan akademik dan kemahiran. 

Namun begitu laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan.
Namun begitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia semakin meningkat. Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, yang mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima orang pelajar seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Baru-baru ini, kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah yang melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai telah melahirkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak aman dan selamat di sekolah. 

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak sewajarnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah. 

Pelbagai faktor mempengaruhi seorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Antaranya, latar belakang keluarga, rakan sebaya, kurang didikan agama, persekitaran dan budaya sekolah serta media massa. Maka, jelaslah bahawa latar belakang sesebuah keluarga dan persekitaran serta budaya sekolah amat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Ibu bapa perlulah meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah senantiasa peka terhadap pemilihan rakan sebaya oleh anak-anak mereka, mengambil tahu akan setiap aktiviti yang anak-anak mereka terlibat. 

Selain itu, pelajar meluangkan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Guru merupakan ibu dan bapa kepada pelajar di sekolah. Sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada pelajar di sekolah, para guru haruslah arif dengan dapat mengesan sebarang tanda-tanda negatif atau perubahan dalam diri seseorang itu. Seumpamanya, melihat gelagat pelajar yang sentiasa periang di sekolah telah berubah identitinya dengan mendiamkan diri dan mengasingkan diri. Ia mungkin memaparkan tanda-tanda seseorang pelajar itu mungkin dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah. Justeru, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang setanding dalam pembentukkan seseorang individu. Dengan ini,  ia dapat membanteras anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini. 

Walaupun, semua faktor ini mempengaruhi emosi dan pembentukan seorang individu, namun individu itu sendiri seharusnya menyedari kesan yang akan wujud pada masa akan datang akibat daripada tindak-tanduknya pada hari ini. Mereka juga hendaklah menilai dengan rasional bahawa penglibatan dalam gejala-gejala sosial seperti ini bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di Malaysia tetapi akan menghancurkan segala impian dan kerjaya seorang pelajar. Ini secara tidak langsung memalapkan masa depan pelajar itu sendiri dan mangsa buli. 

Thursday, April 25, 2013

Bimbingan dan Kaunseling


Bimbingan dan Kaunseling
Apa itu kaunseling?


          Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

PERLU DIINGAT!!!
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977)sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Terdapat banyak definisi yang diutarakan – bergantung kepada pendekatan dan teori yang dipegang oleh seseorang. 
“Kaunseling adalah satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan persekitarannya, dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka.” Hansen, Rossberg & Cramer (1994)
“Kaunseling adalah hubungan professional antara kaunselor terlatih dengan klien. Hubungan ini biasanya berbentuk bersemuka dan kadangkala boleh melibatkan lebih daripada dua orang.”  Burks & Stefflre (1979, dalam George & Cristiani, 1995)
Namun demikian secara keseluruhan kaunseling melibatkan ciri-ciri berikut;-
1. Kaunseling adalah hubungan profesional
2. Dikendalikan oleh individu yang terlatih (kaunselor).
3. Kaunseling mempunyai matlamat tersendiri.
4. Kaunseling adalah satu proses.
5. Dijalankan dalam bentuk individu atau kelompok.

Definisi Bimbingan


• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong   melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

 Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya . 
PERSONALITI KAUNSELOR

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. 
MESRA
Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu,tidak kekok bercaap, relax, selesa dan 'rasa'diterima oleh kaunselor. 

JUJUR
Kaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas. 

MENERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap kliennya. 

BEREMPATI
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.


 CIRI-CIRI KAUNSELOR


a. Mesra
b. Senang didampingi
c. Bersikap terbuka (tidak berpura-pura).
d. Ikhlas untuk menolong
e. Sedar tentang nilai dan kepercayaan dirinya
f. Bersedia mengambil risiko
g. Berupaya menjalinkan hubungan baik
h. Bertanggung jawab atas tindakan yang diambil
i. Mudah berjenaka
j. Pandai berkomunikasi
k. Berpengetahuan
l. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.
m. Boleh dipercayai.
n. Ada kekuatan mental
o. Bertenaga dan tinggi motivasi.

George & Cristiani (1995) dan
Okun (1992)

a. Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai
b. Kesedaran tentang perasaan
c. Penolong sebagai model
d. Minat kepada manusia dan perubahan sosial
e. Etika yang tinggi.
f. Empati.
g. Kemesraan dan sikap ambil berat
h. Keikhlasan
i. Hormat dan penghargaan positif
j. Kejituan dan tumpuan

Brammer (1973)

MATLAMAT KAUNSELING

George & Cristiani (1995) telah menggariskan 5 matlamat dalam kaunseling.

  1. Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkahlaku.
-          daripada tingkahlaku merugikan kepada tingkahlaku positif.
- Cth. Cepat marah, ketawa dan bercakap kuat, banyak berdalih, merokok, cepat marah atau merajuk, bercakap kasar dsb.
  1. Mempertingkatkan kemahiran untuk menghadapi perubahan.
- Pertumbuhan fizikal, psikomotor, emosi dan psikologi.
- Perubahan persekitaran – rumah, tempat kerja, komuniti dsb.
- Perlukan penyesuaian
  1. Mempertingkatkan kemampuan untuk membuat keputusan.
- Dilema untuk membuat keputusan.
- Keperluan untuk membuat pilihan yang tepat.
  1. Memperbaiki hubungan dengan individu lain.
- Intraksi dan komunikasi sebagai keperluan asas manusia.
- Jika hubungan terancam – mengancam perasaan, fikiran dan perlakuan.
  1. Memperkembangkan potensi diri.
- Mengubah tingkahlaku.
- Menghadapi perubahan.
- Proses membuat keputusan.
- Mewujudkan hubungan harmonis.
- Klien dipandu untuk memperkembangkan potensi diri.


Thursday, April 18, 2013

TAHNIAH HUMAIRA!

Pada 11 April 2013 yang lepas, SK Ampang telah menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat zon utara yang diadakan di SK Tasek Permai. Bagi acara bercerita tahap 2, SK Ampang diwakili Aleeya Ayu Umaira, bercerita tahap 1 diwakili oleh Izzatul Humaira dan pidato diwakili oleh Adam Khaliq. Izzatul Humaira telah mendapat naib johan dalam pertandingan yang disertai dan turut mewakili zon utara ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 30 April ini di SK Bandar Tasek Kesuma. Tahniah diucapkan dan sama-sama kita doakan kejayaan Humaira di peringkat daerah nanti.
Para peserta SK Ampang

Aksi Aleeya-bercerita tahap 2

Aksi Humaira-bercerita tahap 1

Humaira mendapat naib johan

PASUKAN KOMPANG SELAWAT SK AMPANG

Pada 19 Mac 2013, pasukan kompang selawat dan pasukan nasyid SK Ampang telah menyertai pertandingan tadarus al-quran peringkat Daerah Hulu Langat mewakili zon utara di SK Bandar Baru Bangi. Pasukan kompang selawat telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih kompang iaitu Cikgu Hadi, Cikgu Azmin dan Cikgu Najib di atas tunjuk ajar yang diberikan serta pihak sekolah dan PIBG yang sentiasa memberikan sokongan. 
Pasukan kompang selawat bergambar dengan
 hadiah kemenangan mereka

Bergambar kenangan bersama barisan guru dan ibubapa
yang hadir menyokong

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT ZON UTARA 2013

Pada 28 Februari 2013 yang lepas, SK Ampang telah menjadi penganjur bagi Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Utara 2013. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Sebanyak 18 buah sekolah di sekitar zon utara ini telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan nasyid, bercerita, hafazan, tilawah al-quran dan kompang selawat. Dalam majlis ini, pasukan kompang selawat SKA telah menjadi johan manakala pasukan nasyid SKA mendapat naib johan. Muhammad Izwan Jais pula telah mendapat naib johan bagi acara tilawah al-quran. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua warga SK Ampang yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Pentas pertandingan
Pendaftaran peserta

Peserta berdebar menunggu giliran membuat persembahan

Muhammad Izwan Jais- NAIB JOHAN tilawah lelaki

Pasukan nasyid- NAIB JOHAN

Pasukan kompang selawat- JOHAN

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI