SELAMAT DATANG

Tuesday, August 12, 2008

KENAPA CIKGU DARAH TINGGI

PART I


Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Seorang muridnya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.



PART II

Waktu sekolah hampir tamat. Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya

Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III


Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepung kan ke dalam kek tu....

PART IV


Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Cikgu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.


Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Cikgu : Allahhuakbarr! !!



PART V

Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


No comments:

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI