SELAMAT DATANG

Wednesday, September 24, 2008

BILA CHEGU HAIRUL MENULIS..........

tanggal 30 jun lalu datanglah saya bersma rakan sepraktikum iaitu chegu eila ke SK Ampang ini untuk cuba dengan sedaya upaya mendapatkan pengalaman menjadi seorang guru. rupa2nya susah jugak jadi chegu ni ek. di sinilah saya telah didedahkan dengan kehidupan sebenar seorang guru.tanpa disedari 12 minggu telah berlalu dan tibalah masa untuk kami pulang semula untuk dibelasah di maktab.belum puas rasanya bermesra dgn cikgu2 di SKA ni. hehehe

jadi saya mengambil kesempatan ini nak berterima kaseh kepada semua (yela pasni sure da x le usik2 blog ni "ayat sedey") :-

- kpd GB puan Hjh Zabidah "thanks a lot" sebab telah memberi peluang untuk kami mendapatkan pengalaman sebanyak yg mungkin di sekolah puan. diharapkan SKA akan terus sukses dimasa hadapan.

- kpd Puan Aida. "thanks a lot" x 100 kali sebab telah bnyk memberi bimbingan kepada adik2 mu ini. jasamu tidak akan kami lupakan. doakanlah kejayaan kami pada masa hadapan walaupun di mana sahaja kami dicampakkan selepas ini heheheh. terima kasih juga kerana menyediakan persekitaran yang selesa semasa kami berada di sana. segala nasihat yang diberikan amat2lah kami hargai dan akan dijadikan panduan pada masa hadapan.

- kpd guru2 sk ampang. terima kasih banyak sebab banyak memberi pengalaman (panjat bukit,terjun sungai huhuhuhu) dan kerjasama kepada kami. (bagus chegu2 SKA nih cari klien sorang 10 org yang dapat). kami selesa bekerja dengan kalian semua.

- kpd staf2 sokongan SKA. terima kasih sebab sudi melayan karenah kami berdua nih. maklumlah kami ni baru nak belajor. hehehehe

- terima kasih juga buar semua warga SKA, akak2 cleaner, pakcik security, makcik2 kantin (kempunan Eila nak mkn laksa johor) dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha melengkapkan misi kami ini.

- tak lupa juga kepada semua insan yang membaca blog ini, terima kasih kerana menghidupkan blog UBK SK Ampang ini. diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.

AKHIR KATA DIHARAPKAN SK AMPANG AKAN SENTIASA MENCAPAI KECEMERLANGAN DI DALAM SEMUA BIDANG PADA MASA HADAPAN

yang menaip:
Hairul Nizam IPIK 2008

1 comment:

ahadancoach said...

Salam Motivasi Cikgu Hairul...usah ditangis perpisahan ini kerana perjuangan harus diteruskan demi mendidik anak bangsa kita....tapi inilah yg dinamakan pengalaman dimana pengalaman adalah guru yg paling baik dan hebat. Cuba cari hakikat sebenar apa yang dinamakan pendidik kerana ia sangat berbeza dengan apa yg dinamakan guru....jadi jadilah pendidik yang hebat..kerana ingat apabila meninggalnya anak adam maka ada 3 perkara yg seharusnya dibawa bekal:-
1.Amal Jariah
2.Doa Anak yg Soleh
3.Ilmu yang diajarkan dan diamalkan
Akhirkata berjuang tetap berjuang.wasalam

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI