Program i-THINK adalah…
…satu program yang bertujuan
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke
arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti
kemahiran berfikir aras tinggi. Abjad ‘i’ - bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula
bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua
murid.
MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai
menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran
Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi.
Penaakulan membantu dalam membuatpertimbangan secara logik, rasional, adil dan
saksama semasa menggunakankemahiran kreatif dan kritis (PPK, 1999).
Program i-THINK memperkenalkan
Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang
dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah
digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai
proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut
tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti berikut.
1. Peta Bulatan
Proses pemikiran: Mendefinisikan
mengikut konteks. Sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Peta Buih
Proses pemikiran: Menerangkan
atau memperihalkan menggunakan adjektif. Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
3. Peta Buih Berganda
Proses pemikiran: Banding beza. Membanding
beza sesuatu.
4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Membuat
pengelasan. Mengklasifikasi bahan atau idea.
5. Peta Dakap
Proses Pemikiran: Hubungan
bahagian-seluruh. Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama
atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama.
6. Peta Alir
Proses Pemikiran: Urutan. Membuat
urutan sesuatu.
7. Peta Pelbagai Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan
akibat. Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang
berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya
adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat
peristiwa tersebut.
8. Peta Titian
Proses Pemikiran: Analogi,
hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan. Mengaplikasi proses analogi
dengan menggunakan faktor penghubungan.
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment