SELAMAT DATANG

Thursday, August 22, 2013

KIBARKAN JALUR GEMILANG..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua warga SK Ampang yang dikasihi sekalian...

     Alhamdulillah..kita bertemu sekali lagi dalam entri kali ini selepas hampir dua minggu kita bercuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan semester kedua untuk tahun ini. Diharapkan semua warga SK Ampang berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah yang Maha Esa.

     Baru-baru ini sekolah kita telah melancarkan program Kibaran Jalur Gemilang dengan meriah tetapi penuh kesederhanaan. Pihak sekolah telah menjemput dua orang bekas tentera untuk berkongsi pengalaman menceritakan detik-detik perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Setelah itu, semua warga SK Ampang berarak mengelilingi kawasan dataran perhimpunan sambil mengibarkan jalur gemilang.

     Untuk sesi petang pula, majlis pelancaran juga berlangsung dalam suasana yang sederhana. Majlis diiringi dengan ucapan daripada En. Ahmad Murshid dan diselitkan dengan persembahan khas daripada murid-murid tahun 3.

     Program Kibaran Jalur Gemilang adalah bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. Diharapkan agar murid-murid betul-betul menghargai kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini dan rasa bersyukur di atas nikmat keamanan yang kita perolehi sekarang. Kibarkan Jalur Gemilang anda!


Panorama majlis pelancaran dari atas

Jalur Gemilang dikibarkan


Kreatif!

Jalur Gemilang dikibarkan di udara

No comments:

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI