SELAMAT DATANG

Friday, August 8, 2008

KURSUS KEMAHIRAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA - SLOT 1











Kursus Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya telah dimulakan pada 8.08.2008 iaitu pada hari Jumaat yang di adakan bertujuan membimbing Pembimbing Rakan Sebaya SK Ampang untuk menjadi seorang PRS yang beribawa dan berdedikasi. Aktiviti pada hari ini lebih ditumpukan kepada "ice breaking" untuk merapatkan hubungan sesama PRS.












AKTIVITI SEMPENA ISRA MIKRAJ




Sempena mengingati peristiwa israj mikraj Sekolah Kebangsaan Ampang mengadakan pelbagai aktiviti. antaranya ialah ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz dan Ustazah dari SK Ampang sendiri. Diharapkan murid-murid SK Ampang dapat memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dengan baik.




Thursday, August 7, 2008

SOME CRAZY THOUGHTS!


1. Do fish ever get thirsty?

2. Why can't we sneeze with our eyes open?

3. Did you know it is impossible to lick your elbow?

4. If you are born on February 29 of a leap year, when is your birthday?

5. If you stick on stickers on non-stick pans, would they stick on?

6. Do sheep get static cling when they rub against one another?

7. Why don't ducks duck when you shoot at them?

8. On a telephone, why does ABC start on the number 2 and not 1?

9. Why do the numbers on the phone go one way, but the numbers on the calculator go the other way?

10. Why did Superman wear his briefs on the outside of his tights?

11. What does the T in T-Shirt really mean?

12. If you built a time machine with all new parts, when you went backwould the parts you use disappear because they didn't exist then?

13. How can sweet and sour sauce be sweet and sour at the same time?

14. If your plan is having no plan, do you have a plan?

15. Do fish sleep?

16. Does anyone actually kill two birds with one stone?

17. If you had x-ray vision, but closed your eyes, could you still see?

18. If you were on a plane going the speed of sound and walked from the back of the plane to the front, would you be walking faster than the speed of sound?

19. If feathers tickle people, do they tickle birds?

20. Does a postman deliver his own mail?

21. Why is the blackboard green?

CHOCOLATE


A tour bus driver is driving with a bus load of seniors down a highway when he is tapped on his shoulder by a little old lady. She offers him a handful of peanuts, which he gratefully munches up.

After about 15 minutes, she taps him on his shoulder again and she hands him another handful of peanuts. She repeats this gesture about five more times.

When she is about to hand him another batch again he asks the little old lady, " Why then don't you eat the peanuts yourself?".

"We can't chew them because we've no teeth," she replied.

The puzzled driver asks, "Why do you buy them then?"

The old lady replied, "We just love the chocolate around them."

Tuesday, August 5, 2008

BILA ISTERI SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini.
Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita diam aje, wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur
menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik......"


Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.. nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka
tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.


TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case
sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau
tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada
berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor
perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah
puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit

Saturday, August 2, 2008

Speak Out TMS touch - Kem Jatidiri: Etiket Dlm Kepimpinan SK Ampang


Kem yang dianjurkan pada 19 Feb 2008 oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Disiplin & Pengawas telah menjemput Encik Ahmad Badrul Sani dan rakan-rakan dari Speak Out Training & Mangement Services. Encik Ahmad Badrul Sani yang lebih mesra dengan panggilan Abang Bad merupakan penceramah motivasi yang terkenal dan telah banyak menyampaikan ceramah di sekolah rendah dan menengah. Dalam kem ini beliau telah menyedarkan para peserta peranan dan tugas mereka sebagai pemimpin pelajar di sekolah. Beliau telah cuba menyelam perasaan murid-murid dengan menyelitkan unsur-unsur ketuhanan supaya peserta menjadi pemimpin yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.




special credit to http://speakout.fotopages.com/

Speak Out TMS touch - Jelajah Pembicara Gemilang SK Ampang


Setelah sembuh daripada sakit tekak, Saudara Badrul Sani kembali beraksi dan kali ini Speak Out! TMS menjelajah pula ke SK Ampang pada 6 Nov 2007

Para peserta kebanyakannya terdiri daripada pelajar darjah 5 dan 6, dan yang paling penting kesemuanya seronok dan mendapat banyak manfaat daripada ceramah 2 jam tersebut. Dan insyaAllah, tahun hadapan Speak Out Training & Management Services akan kembali ke SK Ampang untuk Kem Jom Bijak Berbicara!!


  • special credit to http://speakout.fotopages.com/

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI