Sunday, February 21, 2010
CERAMAH MOTIVASI BERSAMA DR ROBIAH KULOP HAMZAH
Friday, September 5, 2008
JAMUAN PRS
Thursday, September 4, 2008
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN MEMBACA PUISI KEMERDEKAAN
Sunday, August 31, 2008
CERAMAH MOTIVASI DOA & REDHA
Program ini telah diadakan pada 27 Ogos 2008 untuk pelajar tahun 6. Ceramah ini diadakan bertujuan sebagai persediaan kapada pelajar-palajar tahun 6 ini menempuh peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. ceramah ini disampaikan oleh penceramah tidak asing lagi pada pelajar tahun 6 SK Ampang ini ialah En Zul.
Friday, August 8, 2008
KURSUS KEMAHIRAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA - SLOT 1


Kursus Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya telah dimulakan pada 8.08.2008 iaitu pada hari Jumaat yang di adakan bertujuan membimbing Pembimbing Rakan Sebaya SK Ampang untuk menjadi seorang PRS yang beribawa dan berdedikasi. Aktiviti pada hari ini lebih ditumpukan kepada "ice breaking" untuk merapatkan hubungan sesama PRS.




Tuesday, July 29, 2008
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Bertajuk “Kecemerlangan Pemangkin Jati Diri” untuk murid Tahun 6.
Ceramah motivasi kecemerlangan diadakan pada bulan Januari adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 6 mengenali dan memuhasabah diri. Oleh kerana murid-murid Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR maka pihak Majlis Kecemerlangan Tahun 6 , Guru Penyelaras dan Unit Bimbingan & Kaunseling merasakan bahawa adalah amat perlu dan penting bagi murid-murid diberikan kesedaran bagi mendapat keinsafan agar lebih fokus dan yakin dalam menjalani pembelajaran dengan lebih berkesan . Murid-murid juga dapat mengenalpasti potensi dan keupayaan diri. Program ini juga boleh memupuk dan meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Murid-murid diberi kesedaran akan kesilapan yang telah dilakukan kepada ibu bapa, guru dan kawan-kawan.
Ceramah motivasi ini disampaikan oleh Drs Idris b. Kadir seorang penceramah yang disegani dan merupakan salah seorang penceramah yang sering diundang ke sekolah ini. Dengan pendekatan yang dapat menarik minat murid, ceramah didapati amat berkesan kepada semua murid-murid yang hadir.
Dengan menggunakan teknik belajar sambil berhibur membuat murid-murid amat berminat dan memberi perhatian sepenuhnya semasa ceramah dijalankan. Murid-murid didedahkan dengan
CERAMAH BIMBINGAN PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK MURID-MURID TAHUN 5 & 4
Nama Program : Jom Diet…!!!
Penceramah : Norfaziela Binti Mohd Mokhtarudin
Hairul Nizam Bin Tahak
(guru pelatih bimbingan dan kaunseling)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Isnin),
10.00 pagi hingga 12.30 tengahari (Selasa).
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor Darul Ehsan
Objektif : Memberikan bimbingan dan penerangan dari segi definisi
pemakanan seimbang, jenis-jenis kelompok makanan seimbang,
fungsi-fungsinya, kesan pemakanan tidak seimbang dan cara
pengambilan makanan yang betul.
Kursus Kepimpinan "Kem Jati Diri Etiket Dalam Kepimpinan"
Kursus Kepimpinan Pelajar diadakan pada bulan Februari adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pemimpin pelajar Tahun 3 dan 6 mencorak kepimpinan yang cemerlang disamping memantapkan diri mereka dengan disiplin diri yang tinggi, lebih berkeyakinan terhadap sesuatu yang positif cuba dipelajari dan mampu bekerjasama di dalam kumpulan.
Kem yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Disiplin & Pengawas telah menjemput Encik Ahmad Badrul Sani dan rakan-rakan dari Speak Out Training & Mangement Services. Encik Ahmad Badrul Sani yang lebih mesra dengan panggilan Abang Bad merupakan penceramah motivasi yang terkenal dan telah banyak menyampaikan ceramah di sekolah rendah dan menengah. Dalam kem ini beliau telah menyedarkan para peserta peranan dan tugas mereka sebagai pemimpin pelajar di sekolah. Beliau telah
Selain dari itu, beliau juga menggunakan teknik belajar sambil berhibur membuat murid-murid amat berminat dan memberi perhatian sepenuhnya semasa ceramah dijalankan. Murid-murid diberi pendedahan tips-tips komunikasi yang cemerlang, penampilan diri yang gemilang dan sifat toleransi di dalam kumpulan dalam menjayakan sesuatu perkara.Peserta juga dibimbing menguasai etika yang betul melalui formula K.E.S.A.N.T.U.N.AN.
Perlaksanaan :
Kem Jati Diri Etiket Dalam Kepimpinan diadakan
Tarikh : 19 & 20 Februari 2008
Hari : Selasa & Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang ( Selasa )
8.00 pagi hingga 6.00 petang ( Rabu )
Tempoh Perlaksanaan : 2 hari ( tidak bermalam )
Tempat : Dewan Sek. Keb. Ampang.
Sasaran : Semua pemimpin pelajar Tahun 6 dan Pengawas Tahun 3
Secara keseluruhan Kem Jati Diri Etiket Dalam Kepimpinan ini berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama dari pihak pentadbir terutama GPK HEM dan AJK guru yang menjalankan tugas. Semoga Kem Jati Diri Etiket Dalam Kepimpinan yang bertajuk “Kepimpinan Pelajar Cemerlang Nadi Kegemilangan Sekolah ” dapat memberi manfaat kepada semua pemimpin pelajar yang terlibat agar dapat dipraktikkan dan disemat dalam hati dan fikiran sebagai panduan dimasa akan datang. Semoga para peserta lebih berkeyakinan untuk memimpin dan mampu mengharungi segala cabaran yang mendatang. InsyaAllah, objektif sekolah di dalam melahirkan lebih ramai pemimpin pelajar yang berkaliber dan mempunyai nilai kepimpinan diri yang tinggi akan tercapai.
Program Maju Diri (PMD)
Program Maju Diri (PMD) sekolah rendah adalah satu pendedahan dan pengalaman baru dalam wadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah umumnya dan pelajar khususnya untuk mencari arah dan hala tuju serta mengembangkan potensi yang ada untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah. Pendidikan dan kecemerlangan adalah aspek penting yang perlu ditekankan kepada pelajar kerana dengan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dapat melahirkan individu yang boleh berjasa kepada diri, ibubapa, keluarga, dan masyarakat.
Matlamat Program Maju Diri (PMD) adalah untuk melahirkan murid sekolah rendah berwatak dan berwibawa, serta lebih berkemahiran yang dapat meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Setelah murid-murid berpeluang mengikuti dan menjalani sepenuhnya program ini , murid-murid dapat:
- Mengenal potensi diri dan membina wawasan diri
- Merasa yakin pada diri sendiri
- Mengenalpasti dan mempraktikkan salah satu kemahiran belajar yang berkesan.
- Mengetahui bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi.
- Mengenal dunia kerjaya sebagai perangsang masa depan.
Perlaksanaan
Semua guru Tahun 4, 5, dan 6 bertindak sebagai fasilitator .
Tarikh : 7 hb – 9 hb Januari 2008
Hari : Isnin , Selasa , dan Rabu
Masa : 8.00 pagi - 12.50 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing
Sasaran : Semua murid Tahun 4, 5, dan 6 adalah merupakan
kumpulan sasaran yang terlibat secara langsung
dalam program ini.
Monday, July 28, 2008
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2008
Karnival pendidikan kaunseling kerjaya peringkat daerah hulu Langat ini diadakan pada 1 dan 2 Julai 2008 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih. Karnival ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid sekolah rendah dan menengah menyebarkan maklumat kerjaya. Matlamat karnival ini juga adalah bertujuan untuk menyediakan diri dan membina matlamat dalam dunia kerjaya yang sesuai dan selaras dengan kebolehan, minat, pengalaman, kelayakan akademik serta bakat mereka.










