Bengkel ini telah di adakan pada 30 Ogos yang lalu dan merupakan salah satu program yang dirancang untuk LADAP (latihan dalam perkhidmatan). aktiviti berupa bengkel dan ceramah telah diadakan yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. diharapkan bengkel yang diadakan ini dapat memantapkan lagi kualiti dan motivasi kerja para guru SK Ampang.
Tuesday, September 9, 2008
KURSUS & BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME DAN PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN.
Bengkel ini telah di adakan pada 30 Ogos yang lalu dan merupakan salah satu program yang dirancang untuk LADAP (latihan dalam perkhidmatan). aktiviti berupa bengkel dan ceramah telah diadakan yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. diharapkan bengkel yang diadakan ini dapat memantapkan lagi kualiti dan motivasi kerja para guru SK Ampang.
Sunday, September 7, 2008
CERITA SI ANJING
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh2,najis!".
LEMBU: Ya, lah.ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba2 awek dia tu apa? boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing,malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING:ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Friday, September 5, 2008
BUSINESS LOGICS
JAMUAN PRS
Pada 29 ogos yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan jamuan untuk meraikan ahli PRS yang terdiri dari murid-murid tahun 4,5 dan 6. Jamuan ini juga diadakan sebagai jamuan perpisahan untuk ahli-ahli PRS tahun 6 dan juga kepada 2 orang guru pelatih bimbingan dan kaunseling yang akan menamatkan latihan praktikum mereka tidak lama lagi.
Thursday, September 4, 2008
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN
Pertandingan ini merupakan antara salah satu acara yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sempena bulan kemerdekaan. pertandingan ini telah mendapat sambutan yang hangat dari murid-murid tahun 4 dan 5 SK Ampang. pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 ogos 2008.
PERTANDINGAN MEMBACA PUISI KEMERDEKAAN
Sempena sambutan bulan kemerdekaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan pertandingan membaca puisi kemerdekaan. pertandingan ini telah diadakan pada 27 ogos 2008 yang dibuka penyertaan kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Upacara perasmian bulan kemerdekaan ini telah diadakan pada 29 0gos 2008. pelbagai acara telah dirancang terutama dari Unit Bimbingan dan Kaunseling sempena mengisi Sambutan Hari Kemerdekaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


