SELAMAT DATANG

Monday, July 28, 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG


Sekolah Kebangsaan Ampang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Bin Yaacob pada 15 haribulan September 1973 bersamaan 13 Shaaban 1393. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Bin Yaacob merupakan Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu tersebut.

Kini setelah 35 tahun berlalu, Sekolah Kebangsaan Ampang telah mencapai kemajuannya dan sering menerima anugerah terutama dalam bidang akademik. Sekolah Kebangsaan Ampang mempunyai lebih dari 1000 orang pelajar dan guru-guru sebanyak 74 orang. Sesi persekolahan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Sesi pagi sesi persekolahan dijalankan untuk tahap dua iaitu darjah 4,5 dan 6 manakala sesi petang dijalankan untuk tahap satu iaitu darjah 1,2 dan 3.

Di bawah pentadbiran guru besar Puan Zabidah Binti Hashim, mentadbir Sekolah Kebangsaan Ampang dengan misi memberi pendidikan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Ampang melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang terancang, sistematik dan berkesan. Manakala visi Sekolah Kebangsaan Ampang pula ialah menjadi antara sekolah cemerlang di daerah Hulu Langat menjelang tahun 2010.




2 comments:

marsya said...

Lama tidak pergi ke SK Ampang , sayang betul sekolah itu , masa tahun 3 kena tukar sekolah pulak dah , benci ... walau sebagaimana pun SK Ampang adalah sekolah yang amat baik , jikalau saya sudah kahwhin saya mahu anak saya masuk , saya amat cintai sekolah ini saya rasa paku selepas diberitahu yang saya akan pindah sekolah ke SK Desa Pandan , tetapi saya juga dapat jumpa dengan kawan lama saya itu Wan Nur Khursiah , dia adalah kawan setia saya daripada tadika kami ya itu , Tadika Qasrina ... Rasa macam hendak nangis pula T^T tidak ada sekolah lain yang boleh ceria kan saya kecuali sekolah ini , SK Ampang , saya amat gembira kerana dapat jumpa website seperti ini , macam setiap hari mau bukak , tetapi dengan HOMEWORK yang begitu banyak , T^T nangis lah saya di sini ... saya amat sayang guru pertama saya di situ ya itu Encik Shukri .. Guru kelas 2 musytari dulu .. memang best kerana selalu dapat tempat 1# dalam kelas , BEST , tetapi di sekolah sekarang memang mencabar , dalam kelas ke-3 sekarang tidak BEST macam dulu , oppst , nak habis dah baik berhenti tetapi esok saya cerita lagi okay

marsya said...

ahooo~ sedap minum air di situ , banyak lah jenis air ada ... Semua sedap-sedap belaka , kalau sekolah saya cuti nanti nak pergi ke sekolah tu lah ... ^_^ mesti best jumpa WANI & DIANA & SARAH , my geng mesti sibuk sekarang ^_- Jumpa lagi tau nanti jangan lupakan saya tau korang ... kalaulah mereka boleh baca ni kan best boleh chit-chat ngan mereka cam dulu rehat sama-sama best betul makan roti canai pulak tu , sedap sangat :P

KATA-KATA HIKMAT

MOTIVASI